Khamis, 25 Jun 2009
AWARD DARI MAK CIK KU ...
Dapat award dari mak cik sendiri iaitu qaseh qaisara . Terima kasih banyak-banyak
Seterusnya bila dah dapat award ikutlah arahan yang sudah
di berikan.
1-postkan gambar di blog (dah buat)
2-sebutkan siapa pemberi anugerah dan sertakan pautan pemberi anugerah.
mak cik saya qaseh qaisara . Pautannya http://www.seribanun.blogspot.com/
3-berikan anugerah kepada 5 sahabat.
saya pon sebenarnya tak taw nak bagi kat saper ,
tapi saya rasa la nak bagi kat
mamai mia (maizatul)
nisa nafisa
cikinot (shikin)
farhana
and last person fairusss
4 Kunjungi blognya dan beritahu ada anugerah untuknya (kalau rajin)
5 Apa -pon saya stay nak ucapkan time kacih kat mak cik saya 2 cebab
prihatin kat anak buah dier yang sorang nie ,and stay kunjung blog anak buah dier walaupon
sakit telinga dengar lagu kat blog anak buah dier ...........HEHEHE
CAYANG MAK CIK
Isnin, 22 Jun 2009
TAG DARI MAMAI MIA IN THE HOUSE
1. What were you doing five years back?
"erm, time tu aku form 3 kn?
zaman kenakalan aku kt skool bawu nk b'mule.
owg laen time kecix je nakal.
aku blew makin meningkat dewase maken melampau-lampau nakalnye.
sampykn pmr pon x hengat ape dh.
sebulan due nk exam bawu kelam-kabut b'peluh-peluh.
RESULT PEKSA PON LEH TAHAN JER LA
PAS 2 WAKT2 FIRST DAY BERGELAR PELAJAR FORM 4 KAT
SEK AKU DIPANGGIL OLEH PK 1 ,INGAT KAN AKU ADA WAT SALAH
RUPA-RUPANYA AKU DILANTIK MENJADI PERFECT.
TIME KENA PANGGIL 2 MEMANG CUAK GLER
PAS DAH TAHU ,BARU AKU TARIK NAFAS LEGA ...HUHUHU
2. What are the five things on your to-do list today?
"ape ex?
erm, mkn?
tdo?
BACA NOVEL
hang out ngan member?
reunion?
ntah la.
seumur hidup aku x penah plax aku wat to-do list neh.
tp memandangkn stpm dh dkt ni aku ase aku patut wat la list ni.
n rank to-do list aku yg pertame mesti la study, study n study!
hehe."
3. What are the five snacks you enjoyed munching?
jap biar aku pk.
aku ase aku ske mamam pringles, cadbury bytes (rangup dan manis), kepek bika, COKLAT n
SEGALA YANG BERASASKAN KEREPEK AAR
act, aku ni ske mamam mcm2 jenis snack dlm dunie ni.
2 YANG BADAN PON AGAK CHUBBY LA ,HEHEHE
4. What are the five things you'd if you turned to be a billionaire?
" sbg anak yg sulung, of cuz la aku akan hantar umi abah g haji kt mekah dulu.
UNTUK BALAS JASA MEREKA MEMBESARKAN AKU ,2 PON AKU RASA TAK CUKUP,UNTUK GEMBIRAKAN DEPA ,
sbg anak yg sulung n m'punyai 7 owg lg adik,INSYAALAH aku akan sediekn sume kemudahan yg adik2 aku perlukn TERUTAMA UNTUK KEMUDAHAN MEREKA BELAJAR ,SUPAYA MEREKA BERJAYA DALAM BIDANG MEREKA MASING -MASING ...
then, aku gax belikn sebuah rumah yg amat besar dan mewah utk dihuni oleh seluruh anggote family aku
last but not least, aku akan dermakn duit sebanyak mungkin utk sume owg yg memerlukn dlm dunie neh ,MOGA APA YANG TERTULIS NIE DAPAT AKU CAPAI LA YERK
BILA AKU BERGELAR billionaire.......
5. The five persons I wanna tag.
"alaaa, ase cm sume je pon dh kene tag.
tp x pe, tag banyak2 kali pon no hal kn?
aku nk tag
DARUL NAIM
FARHANA
NABILA
ACAP
MUIZZZ
HAHAHA PADAN MUKA KOME YANG KENA TAG NIE....
Sabtu, 20 Jun 2009
SELAMAT HARI ABAH
sox sambutan hari bape sedunie,
biar la aku mengekspresikn wish tu dlm blog aku dulu.
happy father's day, abah!
semoge panjang umo n murah rezeki.
kak long doakn abah sentiase drahmati dan dberkati Allah dunie dan akhirat.
(yg ni utk umi skali.)
tme kaceh atas sume pengorbanan abah utk kak long n adik2 yg laen.
kak long syg abah sgt2!!!
muahhh3!!!
Jumaat, 19 Jun 2009
kedudukan anda dalam keluarga
Posisi sebagai anak sulung, tengah, bungsu, atau anak tunggal, dan lain2 memungkinkan kita mempunyai karakter yang berlainan dan perwatakan yang berbeza
Ahad, 14 Jun 2009
10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI......
4. Berfikiran positif Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
BILA USIA SEMAKIN MENIGKAT...
Tahun demi tahun, saya meneruskan kehidupan di alam baru pula, alam bergelar pelajar universiti dan sekarang, alam pekerjaan. Astaghfirullah.. Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya saya kuat menempuh halangan dan ada masanya saya tewas. Titik hitam mula berkumpul dalam diri ini, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri. Saya kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.. Apa gunanya aku hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Dan kenapa Tuhan izinkan aku hidup sedangkan timbangan dosa ku kian lama kian berat? Astagfirullahalazim.. Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan. Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar. Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara. Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi. Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, ramai yang risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, lalu sibuklah mereka menyuntik sana sini, makan vitamin itu dan ini. Malangnya ramai yang lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah. Kita kembali menjadi tanah. Apa gunanya cantik? Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke sana. Aduhai.. Saya bagaimana pula? usia saya juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba masa saya di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, tunjukilah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat. Amin..
TINTA WAT BAKAL SUAMI KU
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan .
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Dariku,Bakal isterimu