thanks for add


Khamis, 25 Jun 2009

TIME KACIH KAWANKU ATAS AWARD NIE .......









AWARD NIE DARI KAWAN SAYA
THANKS FARHANA
AWARD NIE WAJIB UNTUK (MY CUTE FOLLOWER) YANG
TELAH MENJADI SAHABAT BLOG SAYA ........
JANGAN LUPA LETAK KAT BLOG KORANG TAW .....

AWARD DARI MAK CIK KU ...


Dapat award dari mak cik sendiri iaitu qaseh qaisara . Terima kasih banyak-banyak
Seterusnya bila dah dapat award ikutlah arahan yang sudah
di berikan.

1-postkan gambar di blog (dah buat)
2-sebutkan siapa pemberi anugerah dan sertakan pautan pemberi anugerah.
mak cik saya qaseh qaisara . Pautannya http://www.seribanun.blogspot.com/
3-berikan anugerah kepada 5 sahabat.
saya pon sebenarnya tak taw nak bagi kat saper ,

tapi saya rasa la nak bagi kat

mamai mia (maizatul)

nisa nafisa

cikinot (shikin)

farhana

and last person fairusss


4 Kunjungi blognya dan beritahu ada anugerah untuknya (kalau rajin)

5 Apa -pon saya stay nak ucapkan time kacih kat mak cik saya 2 cebab

prihatin kat anak buah dier yang sorang nie ,and stay kunjung blog anak buah dier walaupon

sakit telinga dengar lagu kat blog anak buah dier ...........HEHEHE

CAYANG MAK CIK

Isnin, 22 Jun 2009

TAG DARI MAMAI MIA IN THE HOUSE

1. What were you doing five years back?

"erm, time tu aku form 3 kn?
zaman kenakalan aku kt skool bawu nk b'mule.
owg laen time kecix je nakal.
aku blew makin meningkat dewase maken melampau-lampau nakalnye.
sampykn pmr pon x hengat ape dh.
sebulan due nk exam bawu kelam-kabut b'peluh-peluh.
RESULT PEKSA PON LEH TAHAN JER LA
PAS 2 WAKT2 FIRST DAY BERGELAR PELAJAR FORM 4 KAT
SEK AKU DIPANGGIL OLEH PK 1 ,INGAT KAN AKU ADA WAT SALAH
RUPA-RUPANYA AKU DILANTIK MENJADI PERFECT.
TIME KENA PANGGIL 2 MEMANG CUAK GLER
PAS DAH TAHU ,BARU AKU TARIK NAFAS LEGA ...HUHUHU

2. What are the five things on your to-do list today?
"ape ex?
erm, mkn?
tdo?
BACA NOVEL
hang out ngan member?
reunion?
ntah la.
seumur hidup aku x penah plax aku wat to-do list neh.
tp memandangkn stpm dh dkt ni aku ase aku patut wat la list ni.
n rank to-do list aku yg pertame mesti la study, study n study!
hehe."



3. What are the five snacks you enjoyed munching?
jap biar aku pk.
aku ase aku ske mamam pringles, cadbury bytes (rangup dan manis), kepek bika, COKLAT n
SEGALA YANG BERASASKAN KEREPEK AAR

act, aku ni ske mamam mcm2 jenis snack dlm dunie ni.
2 YANG BADAN PON AGAK CHUBBY LA ,HEHEHE

4. What are the five things you'd if you turned to be a billionaire?
" sbg anak yg sulung, of cuz la aku akan hantar umi abah g haji kt mekah dulu.
UNTUK BALAS JASA MEREKA MEMBESARKAN AKU ,2 PON AKU RASA TAK CUKUP,UNTUK GEMBIRAKAN DEPA ,
sbg anak yg sulung n m'punyai 7 owg lg adik,INSYAALAH aku akan sediekn sume kemudahan yg adik2 aku perlukn TERUTAMA UNTUK KEMUDAHAN MEREKA BELAJAR ,SUPAYA MEREKA BERJAYA DALAM BIDANG MEREKA MASING -MASING ...

then, aku gax belikn sebuah rumah yg amat besar dan mewah utk dihuni oleh seluruh anggote family aku
last but not least, aku akan dermakn duit sebanyak mungkin utk sume owg yg memerlukn dlm dunie neh ,MOGA APA YANG TERTULIS NIE DAPAT AKU CAPAI LA YERK
BILA AKU BERGELAR billionaire.......


5. The five persons I wanna tag.
"alaaa, ase cm sume je pon dh kene tag.
tp x pe, tag banyak2 kali pon no hal kn?
aku nk tag
DARUL NAIM
FARHANA
NABILA
ACAP
MUIZZZ
HAHAHA PADAN MUKA KOME YANG KENA TAG NIE....

Sabtu, 20 Jun 2009

SELAMAT HARI ABAH



keberadaan aku kt skool ni x b'makne aku x ley nk wish happy father's day pd abahku.
sox sambutan hari bape sedunie,
biar la aku mengekspresikn wish tu dlm blog aku dulu.
happy father's day, abah!
semoge panjang umo n murah rezeki.
kak long doakn abah sentiase drahmati dan dberkati Allah dunie dan akhirat.
(yg ni utk umi skali.)
tme kaceh atas sume pengorbanan abah utk kak long n adik2 yg laen.
kak long syg abah sgt2!!!
muahhh3!!!


I LOVE YOU ALL SO MUCH......



Jumaat, 19 Jun 2009

kedudukan anda dalam keluarga

..:: Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga :
:..ANAK SULUNGSebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.Potensi kawanPenyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.Pasangan sesuaiAnda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.
ANAK TENGAHAda orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.Potensi kawanAnda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.Pasangan sesuaiSekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda .
ANAK BONGSUMembesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).Potensi kawanAnda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.Pasangan sesuaiSekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.
ANAK TUNGGALSebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.Potensi kawanTidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.Pasangan sesuaiSikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda.
Posisi sebagai anak sulung, tengah, bungsu, atau anak tunggal, dan lain2 memungkinkan kita mempunyai karakter yang berlainan dan perwatakan yang berbeza
..anak sulong kah anda?
kedua..ketiga...seterusnya...?
bongsu kah anda...?
tunggalkah anda...?
apa pendapat anda tentang posisi anda atau org terdekat anda dan karakternya?
jom kita kongsi!!!

Ahad, 14 Jun 2009

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI......


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahanKalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya balik.



4. Berfikiran positif Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.


5. Dapatkan tidur yang mencukupi Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.


6. Luahkan pada seseorang Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.


7. Curahkan di atas kertas Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega.


8. Bersedia untuk berubah Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. BertegaslahBertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

BILA USIA SEMAKIN MENIGKAT...




Masa terus berjalan, sedar atau tidak, suka atau tidak, usia kita juga kian bertambah dari hari ke hari. Inilah ketentuan yang tertulis untuk kita sebagai makhluk yang dicipta olehNya. Bermula kita dari setitik mani yang bersatu dengan ovum, kemudian terhasillah segumpal darah, di balut tulang dan daging kemudian ditiup roh lalu lahirlah kita menjadi seorang bayi. Bermula kita meniarap, kemudian kita merangkak, bertatih kemudian kita berlari. Subhanallah, indahnya ciptaan Ilahi. Kita juga dibekalkan pula dengan akal dan naluri, ada perasaan, ada nafsu, ada cita-cita, ada kehendak. Maha suci Allah yang Maha Pencipta. Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara. Hidup sebelum mati. Dalam usia sedang menganjak, meningkat dari tahun ke tahun, persoalan yang sering bermain di minda saya adalah, "selama aku hidup, apa yang telah aku lakukan???"Aduh, kadang-kadang, ada masanya saya menangisi nasib diri, betapa selama ini saya mensia-siakan anugerah jasad dan nyawa yang Allah telah berikan kepada saya. Astagfirullahalazim. Jika sepuluh tahun yang lepas, saya baru selesai menduduki SPM, alhamdulillah, saya mendapat keputusan semua A. Dan Alhamdulillah, selama saya bergelar pelajar MRSM, saya selalu utamakan solat berjemaah di surau, selalu melakukan solat sunat dan sering membaca quran hinggakan saya berkemampuan menghafal Surah Yassin dan Ma'thurat pada waktu itu. Pergaulan antara lelaki dan wanita juga terbatas, saya terlindung dari maksiat, alhamdulillah. Dan jika saya mati waktu itu, saya mungkin mati dalam keadaan yang selamat dari dosa dan noda kerana saya masih lagi seorang remaja yang baru beberapa tahun akil baligh. Saya suci, saya murni, tapi kenapa Allah tidak mengambil nyawa saya ketika itu? (Rahsia Allah, hanya Dia Yang Mengetahui)
Tahun demi tahun, saya meneruskan kehidupan di alam baru pula, alam bergelar pelajar universiti dan sekarang, alam pekerjaan. Astaghfirullah.. Jalan yang terpaksa di lalui rupanya kian lama kian sukar. Onak dan duri menanti di sepanjang perjalanan. Ada masanya saya kuat menempuh halangan dan ada masanya saya tewas. Titik hitam mula berkumpul dalam diri ini, setitik demi setitik, hingga lama kelamaan menjadi banyak. Iman pula sentiasa di paras yang berbeza-beza, ada pasang surutnya yang tersendiri. Saya kian banyak melakukan dosa. Ampunkanlah aku wahai Tuhan.. Apa gunanya aku hidup, andai kehidupan ini semata-mata untuk menambah bebanan dosa? Dan kenapa Tuhan izinkan aku hidup sedangkan timbangan dosa ku kian lama kian berat? Astagfirullahalazim.. Setiap apa yang Allah ciptakan, biarpun sebesar zarah, pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. Allah Maha Bijaksana Lagi Maha Mengetahui. Ajal maut semuanya di tangan Dia dan hanya Dia yang tahu, bila tiba masanya Izrail harus datang menjemput. Dia yang Maha Berkuasa. Pernahkah kita terfikir, kenapa kita masih hidup hari ini? Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..Bersyukurlah kerana sehingga hari ini, kita masih lagi dipanjangkan umur, tempoh pinjaman jasad dan nyawa ini masih lagi dipanjangkan. Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana Allah ingin memberi peluang kepada kita untuk menyuci diri dan menghapuskan dosa semalam? Kita masih hidup agar kita dapat memohon maaf kepada mereka yang pernah kita lukai hatinya, kita masih hidup agar kita dapat melunaskan hutang yang belum terbayar. Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada yang memerlukan kita, memimpin tangan mereka, menyapu air mata mereka, meminjamkan bahu dan telinga untuk mereka di kala mereka sedang berduka lara. Terfikirkah kita, kita masih hidup hari ini kerana masih ada tugas yang belum terlaksana sempurna. Masih banyak yang belum kita lakukan. Amalan dan bekalan untuk di bawa ke akhirat yang kekal abadi masih tidak mencukupi. Aduh, rupanya perjuangan kita di alam kehidupan ini masih belum selesai. Masih banyak yang harus kita persiapkan. Bila usia meningkat, ramai yang risau, kecantikan dan keremajaan bakal hilang, lalu sibuklah mereka menyuntik sana sini, makan vitamin itu dan ini. Malangnya ramai yang lupa, bila mati, jasad di timbus tanah, ulat dan cacing datang menggigit, semuanya akan reput, daging dan kulit di makan tanah. Kita kembali menjadi tanah. Apa gunanya cantik? Bila usia meningkat, ramai yang risau, harta dan kekayaan yang dikumpul masih ditakuk lama, wang simpanan masih tidak mencukupi. Malangnya ramai pula yang lupa untuk mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan dan mengumpul bekalan untuk di bawa ke sana. Aduhai.. Saya bagaimana pula? usia saya juga kian meningkat, esok atau lusa mungkin tiba masa saya di jemput kembali pulang ke alam barzakh.. Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, tunjukilah aku jalanMu yang lurus, selamatkanlah dan bahagiakanlah aku serta seluruh muslimin dan muslimat, dunia dan akhirat. Amin..

TINTA WAT BAKAL SUAMI KU



Assalammualaikum wrt wbt.


Buatmu,Bakal suamiku.


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini. Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;
“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.
Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan .


Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau. Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.


Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku. Dariku,Bakal isterimu




*diambil daripada sepaku.net





SKRANG DAH MASUK PENGGAL KE 2


salam

skrang nie persekolahan aku dah masuk

penggal ke 2

tak taw la macam mana rasanya

takut ,cdeh macam -macam aar

peksa stpm pon dah nak dekat '

minggu depan kelas tambahan pon akan bermula

mggu nie cbuk dengan result ppt yang akan keluar ...

takut aar ......

muet pya result pon akan kuar sama

harap harap keputusan aku

ok lar

apa pon aku pasti akan wat yang terbaik

untuk stpm kali ini

moga aku dapat menjejak kaki ke universiti

yang aku inginkan amin........

dan mencapai cita -cita ku

untuk menjadi seorang pensyarah ....

Ahad, 7 Jun 2009

program bersama adk angkat ....

nie pon anak angkat umi & abah hayati namanya budak pengkalan hulu



mohd ariffin dengan farah anak angkat umi dari lenggong



rahman dengan kameranya .....buzy betoi


suasana waktu anak angkat nak pulang ke rumah masing -masing ......





macam -macam gelagat ada ........riuh betoi



umi dengan mak angkat depa yang laen .....tak taw la apa yang tengah dibincangkan






tengok je la suasana yang meriah nie ........macam-macam fiil ada