Rabu, 27 Mei 2009
SANGAT TAKUT ......................
Isnin, 25 Mei 2009
MOGA KAU ISTIQAMAH SAHABAT KU ................
Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba… * * * “Assalamualaikum…” Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta… “Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh.. “Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?” “Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu” “Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”Lantas, Khalida memeluk zinirah erat ....dalam hati zinirah berdoa moga kau istiqamah sahabat ku ....
SAHABAT
Sabtu, 23 Mei 2009
SuAsANa aRy GuRu KaT aL MiZaN
NIE TiMe ary gUrU KaT miZaN ................wAt cIkGu KaT mIzAn kenangan cikgu 2 tetap tersemat dalam haty saya time kasih wat semua cikgu yang pernah mengajar saya dari form 1-form5 ...i love my teachar
Khamis, 21 Mei 2009
CiKGU nazRuL .....& ISTERI
Rabu, 20 Mei 2009
CERPEN UNTUK SAHABAT SEJATI ....................
"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat."Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni""Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja."Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,"Ku biarkan pena menulisMeluahkan hasrat di hatiMoga terubat segalaKeresahan di jiwaTak pernah ku ingini"Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah."Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat."Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."
Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."Zuraida tersenyum sahaja.Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata."Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.Hayati mengangguk, "Cakaplah..""Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati."Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah."Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!""Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka."Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung."Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri."Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati."Hehe.." Hayati tergelak kecil."Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya."Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.
ANALOGI KUNCI KEPADA KEHIDUPAN ....
HATIKU SEBESAR CAWAN
Khamis, 14 Mei 2009
WAKT2 BESDAY AKU YANG KE 20 TAHUN ......
nie tarikh besday kter ....
kter just nak ucap kat member - member form 6 kat bynun
time kacih sebab sudi meraikan besday kter ....
walaupon kter gram kat korang yang meyebabkan kter terpaksa berulang -alik ke tandas untuk cuci rambut sebanyak 3 kali
akibat mandi bedak korang yang wangi 2
korang tetap still dalam ingatan kter walaupon dah pindah sek nanty ..moga kter sama 2 dapat 5 pricipal 'A' dalam stpm nanty
wat cikgu marina lak time kacih jugak sebab belanja kek untuk kami 1 kelas sempena besday saya tak ketingalan jugak wat cikgu mastura yang bagi kterorang coklat dari langkawi lagi taw .......
wat family saya time kacih sebab sentiasa mendoakn untuk saya ,ummi & abah & adik 2 yang laen time kasih taw ,sebab korang still ingat besday akak korang yang comel nie...hehehe
tak ketingalan wat adik angkat angkat akak kat bynun iait2 farah afiqah thanks untuk frame gambar yang cute 2 begit2 jugak wat syakirin ....korang memang adk yang baek
SAYANG UMMI..........
JUST FOR YOU MY LOVING UMMI
10 mei ary 2 ..
adalah ary ibu ,
kat umah opah saya iait2 rumah yang terlatak disebalah umh saya
adk beradik mak saya adakan majlis ckit untuk meraikan opah saya ,
banyak jugak la makanan yang dimasak oleh mak sedara saya
tak ketingalan jugak orang masjid untuk baca doa ....
kami adik baradik pon meraikan ummi kesayangan kami taw
walaupon tak meriah mana
kami still ingat kat ummi kami ....
ktorang kumpul duit just bagi ummi kek jer
akak &adik -baradik yang laen harap ummi hargai kek ktorang 2 taw ....
apa pon akak still sayang kat ummi
arap ummi bersabar lah menghadapi kerenah anak ummi yang nakal °il nie yerk ....
akak harap ummi doakan akak bjy dalam apa jua bidang yang akak ceburi
dan mencapai apa yang akak cita -citakan ....
akak sayang ummi ,kaulah inpirasi ku
hasil nukilan
aNaKmU YaNg cOmEl
Rabu, 13 Mei 2009
Seorang Anak: Antara Realiti dan Rasionaliti
ANTARA SEORANG ANAK REALITI @RASIONALITI
Realiti Sebagai anak wajib kita mentaati ibu bapa malah memenuhi segenap ruang keperluan mereka. Walau mereka tidak meminta tetapi cukup dengan bahasa isyarat yang lumrahnya orang tua ini mereka tidak akan secara verbal berkata mahu itu dan ini. Lain pula halnya kita semasa kecil hingga kealam sebelum bekerja sendiri. Ada kemahuan sahaja terus diajukan, jika tidak dipenuhi dengan segera mengamuk, merajuk dan segala macam pemberontakan seolah tunjuk perasaan dilakukan. Tanpa memikirkan apakah implikasi permintaan itu yang kadang-kadang menyebabkan mereka terpaksa meniriskan bajet belanjawan bulanan semata-mata untuk memenuhi kehendak seorang anak, itu jika seorang. Kalau 5 orang, 10 orang? Maka bayangkanlah! Terkadang pula bukan mereka tidak mahu memenuhi permintaan itu tetapi hanya yang dipinta ialah tempoh masa, hujung bulan. Tetapi tidak juga mampu bersabar, terus menekan dan meminta, meraung malah tidak mahu bercakap dengan mencuka masam, hai anak..kenapa lakumu begitu? Mungkin tidak faham akan situasi realitinya sebagai ibu bapa lagi. Nanti dia dah berumah tangga dan mempunyai anak sendiri, akan tahulah dia pahit maung membesarkan insan yang bernama anak itu. Agama Islam mengajar kita ketaatan itu jika menurut turutannya maka ibu bapa terletak pada makam nombor 3 selepas Allah dan Rasulnya. Antara ibu dan bapa pula, diberatkan ibu itu dalam kiraan 3 kali ganda daripada bapa mengikut hadis baginda Rasulullah sendiri. “Maka janganlah kamu berkata walau dengan perkataan ‘uh’ (mengeluh)…..” Rasional Secara lumrah alam dan adab tertib kemanusiaan ditambah pula adab sunnah seorang Islam, maka berbakti dalam erti kata membalas jasa kedua ibu bapa adalah perkara yang wajib. Nak dapat tidak itulah kemestian seorang anak. Ada perbezaan di sini antara anak lelaki dan perempuan kerana setelah seorang anak lelaki berkahwin, pertalian jasa hayat dengan ibu bapanya masih terjalin manakala seorang anak gadis yang sudah bergelar isteri maka suaminya adalah tunggak redha Allah. Rasionaliti mungkin tidak akan memahamkan kita hakikat ini kecuali ajaran agama Islam sahaja yang mampu menghuraikan kenaifan minda akal dalam pentafsiran hukum syariah Allah berkenaan ketaatan kepada ibu bapa ini. Apapun, memenuhi keperluan adalah keutamaan setiap anak tidak kira dalam apa keadaan sekalipun, kehendak juga perlu diusahakan sedaya mungkin walau nampak zahirnya akan membebankan, tetapi yakinlah bakti kepada ibu bapa akan tunai di balas Allah di dunia lagi, segera pasti. Tidak perlu takut untuk sedikit beban yang akan tidak ternilai kiraan pahala disisi Allah itu. Yang perlu kita risaukan dan pinta ialah keredhaan ibu bapa yang mensyiarkan redha Allah serta menjamin keberkatan hidup kita walaupun dalam apa jua keadaan, Insya-Allah. Dengan keredhaan inilah pintu segala kebahagiaan, keredhaan akan dapat dibuka dan dinikmati kelak, itulah kuncinya. Suatu hari ketika balik bercuti ke kampung dari ibu kota saya madah dengan jelas kepada kedua ibu bapa saya selepas menunaikan solat jemaah bersama-sama : “Umi, Abi..Abe nyusoh ko abi nga umi hampir 20 tahun lebih doh. Jadi lepah ni iktikad Abe tok sir doh nyusoh ko Abi nga Umi dale segenap hal. Cumo Abe nok dari Umi nga Abi, doa ko Allah mintok Abe berjayo dunio akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpe sene insya-Allah. Selagi perkara yang Abe buat lepah ni tok langgar hukum Allah mintok Umi nga Abi redho..” Maksudnya : “Umi, Abi..Abang dah menyusahkan Umi dan Abi hampir 20 tahun sudah. Jadi lepas ni iktikad Abang takkan menyusahkan Umi dan Abi lagi dalam segenap hal. Cuma Abang mintak dari Umi dan Abi doakan abang berjaya dunia akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpang senang insya-Allah. Selagi perkara yang Abang buat lepas ni tak langgar hukum Allah mintak Umi dan Abi redha..” Disimpul-simpulPerlulah disedarkan bahawa antara realiti dan rasionaliti ada satu istilah lagi yang mampu memansuhkan hegemoni pemikiran yang objektif itu. Istilah berkat adalah suatu perkataan yang tidak pernah diajar dalam silibus mata pelajaran yang berkiblatkan kebaratan. Malah ahli falsafah dahulu kala hingga sekarang jika mereka itu bukan Islam tidak pernah menyingkap serta memperkatakan tentang berkat. Hanya Islam yang membawa, mengajar dan mengharap kepada keberkatan. Maka jika kita butuh dan berusaha dengan sepenuh harapan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada tuhannya, umat kepada Rasulnya dan anak kepada ibu bapanya. Jadi perlukah lagi kita sangsi tentang keberkatan? Malah terhadap kepertanggungjawaban kepada kedua ibu bapa? Fikirkanlah.
NIE GAMBAR KTORANG KAT BTN ARY 2
AKU ANAK SEORANG PEJUANG .....
" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
AKU ANAK SEORANG PEJUANG
" Aku dilahirkan dalam keluarga yang menekankan agama. Ayah ku seorang doktor dan ibuku seorang suri rumah. Mereka juga merupakan aktivis masyarakat dan penggerak sebuah parti Islam yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Sejak kecil saya dan adik beradik yang lain dididik untuk berdikari dan sentiasa dibawa untuk bersama-sama mengikuti program-program jemaah. Bagi kami istilah seperti usrah, tamrin, tarbiyyah sudah tidak asing lagi. Jika kami tidak ikut serta dalam program, kami sering ditinggalkan di rumah bersama kakak yang sulung yang umurnya pun bukan ketika itu 12 tahun.Kadang-kadang keadaan tersebut menyebabkan aku sering terasa diabaikan kerana kesibukan ayah dan ibu. Ketika aku meningkat remaja, aku terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh. Pada hari pendaftaran aku tidak ditemani oleh ibu bapaku seperti mana sahabat-sahabat lain. Ayah, ibu dan adik-adik berada di luar negara selama setahun kerana tugasan ayah. Aku cuba untuk hidup berdikari. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, namun kelibat ibu bapaku masih tidak muncul untuk datang melawatku.Setiap kali hari kunjungan keluarga, aku akan menunggu di tepi kantin dengan harapan ibu bapaku akan datang walaupun aku tahu itu tidak mungkin terjadi kerana mereka berada nun jauh di seberang lautan. Memang benar pepatah mengatakan `penantian satu penyeksaan’. Sekian lama mengharap,pada suatu petang aku mendengar namaku dipanggil di corong pembesar suara. Pada waktu itu hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hatiku.Dari jauh aku nampak kelibat ibu bapaku, tanpa di sedari air mata kesyukuran jatuh bercucuran. Penantian setahun kini berakhir. Pada tahun berikutnya aku menghadapi peperiksaan yang besar iaitu SPM. Seperti sahabat-sahabat lain aku mengharapkan keluarga ku datang untuk memberi semangat kepadaku untuk belajar. Namun setiap kali aku menelefon ibu bapaku pasti mereka akan jawab,"ibu ada program hujung minggu ni","minggu ni ibu ada usrah","ayah kena rasmikan majlis ni minggu ni" dan jawapan-jawapan sepertinya yang lain.Jarang sekali mereka berkelapangan untuk datang melawatku di sekolah. Sahabat-sahabat ku selalu bertanya kepada aku," anti ni orang Selangor je tapi jarang ana nampak keluarga anti datang". Aku hanya mendiamkan diri, diam seribu bahasa. Aku tahu jika aku terangkan kepada mereka pun, mereka tidak akan faham. Kadang-kadang pernah terdetik di hati ku, adakah adil semua ini untuk aku. Namun cepat-cepat aku padamkan perasaan itu.Ibu selalu berkata, "kerja-kerja jemaah inilah yang memberi keberkatan dalam hidup kita". Kenyataan itu tidak dapat aku nafikan. Aku dan adik beradik yang lain lebih mudah memahami sesuatu pelajaran berbanding orang lain. Banyak kejadian dalam hidup keluarga kami membuktikan pertolongan Allah sangat jelas datang membantu. Contohnya ketika keputusan SPM diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku yakin bahawa kejayaan ini hasil keberkatan daripada kerja-kerja jemaah yang dilaksanakan oleh ibu bapaku.Kini aku pula terlibat dengan kerja-kerja jemaah. Aku mula memahami betapa pentingya perjuangan ini , perjuangan yang tidak menjanjikan ganjaran wang ringgit bahkan kekadang mengundang kebencian manusia. Namun hanya keredhaan Allah didambakan agar agama Allah dapat didaulatkan di atas muka bumi ini. Kerja yang memerlukan banyak pengorbanan ini tidak semua orang sanggup memikulnya. Ada yang gugur di tengah jalan kerana tidak mampu menghadapi cabaran-cabaran dalam berdakwah.Aku mula menyedari dan memahami penglibatan ibu bapaku selama ini. Kepada semua anak-anak pejuang, janganlah kalian sedih dan rasa terabai kerana janji Allah itu pasti seperti di dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang nyatakan di atas tadi. Kepada para pejuang, jangan sesekali ragu-ragu dan merasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak kerana sibuk dengan perjuangan, kami anak-anakmu memahami dan kami bersedia menjadi penerus perjuangan ini. Yakinlah bahawa Allah tidak akan sia-siakan segala pengorbananmu.....TAKBIR!!! CORETAN RASA Humayra Mawaddah...
Jumaat, 8 Mei 2009
GAMBAR KELUARGA SAYA.........
percaya tak saya yang sekarang nie berumur 20 tahun
masih ada moyang lagi....
bertuah betui saya taw sebab masih ada moyang lagi
sesetengah oarang tok &opah dah tak ada
saya moyang pon ada lagi ......
tapi dier sekarang dah tak berapa sihat dah...
moga dia still panjang umur ....
saya sayang moyang
NIE GAMBAR FAMILY SAYA &TOK DAN OPAH
nie la gambar family saya time nie waktu raya .........
time nie ktorang raya kat umah tok di malim nawar
bila raya macam -macam makanan ada kat umah tok saya ...
tak caya mai la datang raya ;;hehehe
sure ada lemang & rendang &kuih raya ,,,orang yang mai beraya ...
tak taw la nak cakap apa lg
apa pon saya still sayang kat family saya ....termasuk opah &tok saya
sebab mereka la sumber inpirasi saya ,dan semangat saya dalam apa jua cabaran yang berlaku kat dalam dunia nie
Rabu, 6 Mei 2009
LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA
Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang' di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling senduk melayang'.
Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)
Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud: "Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......
Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
0 comments »
BERHENTILAH JADI GELAS ..................
KENANGAN DI KEM BTN ULU KENAS ...........
- merasa turun menara dengan tali best giler walaupon takut
- pas 2 ktorang gi merakit dari tamn rekrasi kuala kangsar sampai kat sek ulu kenas memang mencabar ,dengan rakitnya lalu bawah buluh la ,berpusing la ..,macam-macam aksi ada tapi memang satu pengalamn yang tak dapat dilupakan la ,selain dapat merasa kesusahan orang zaman dahulu perlu bersusah -payah untuk ketempat yang laen dgn mggunakan jln air sbb tak ada jalan darat ....klo leh macam nak merakit lagi jer
- lepas merakit kiterorang kena jalan kaki sebanyak 7 kilometer untuk balik ke kem .walaupon penat kterorg jln jgak nak melihat suasana kmpung &mrasa betapa penatnya org zaman dahulu terpaksa berjaln kaki beratus kilometer untuk gi ke pekan ......tapi kami tak rasa penat pon sebab pak megat & pak mat bagi teka -teki yang lawak jer sepanjang perjalanan ke kem .......macam -macam yang ktorang dapat .......memang seronok la..
- bila LDK pulak banyak input yang ktorang dapat dari fasi masing -masing ,tentang pengalamn mereka,banyak pengetahuan yang akan kter dapat bila mndegar pengalamn orang laen ....
- wkt2 malam yang terakhir ktorang sempat lagi bersembang dengan budak yang dah menduduki stpm iaitu rahman ,nadiah ,irriana,dan yang laen ...la ,,mereka beri input cam mana nak study & menjawab soalan stpm ...mereka pon bukan calang -calang orang jugak sebab result mereka bagus 2 jugak taw ,......jangan maen-maen ........
i2lah antara pengalamn yang menarik yang dapat dikongsi bersama -sama wk2 kem 2......,moga kem seperti it2 dapat mendidik jiwa anak muda zaman skrang nie yang makin lupa akn tanggungjawab mereka sama ada untuk belajar ,terhadap keluarga ,apatah lagi negara ......moga kenangan ini dapat memberi 1000 pegertian yang berguna wat kawan -kawan yang join kem nie........
hasil nukilan ..........
b.comel 89@kausar hamdan
RABU 6 MEI 2009
wah takut jugak la ....
sebab selama asyik cakap bahasa melayu tapi bl kn speking mula la tak keruan
tapi apa 2 pon benda dah lepas malas nak pikir dah ....
skrang nie fikir nak exzam ppt jer iaitu seminggu sblum cuti untuk tengah tahun nie ...
msty wat yang terbaik sebab pengetua dah pesan kat semua klo result tak elok dia akn rotan
tak nak saya kena rotan wat malu jer ......
apa 2 pon mulai skrang saya msty berusaha untuk mantapkan study saya untuk stpm
sebab stpm dah nak dekat dah ....
saya yakin &percaya bahawa saya akan berjaya dalam stpm & mencapai cita 2 saya untuk menjadi seorang pensyarah .....
doakan kejayaan saya.....................................
wassalam...............