thanks for add


Rabu, 27 Mei 2009

SANGAT TAKUT ......................


ESOK LaSt Peper ppt ................fuh lega

saper kater lega

tak taw ker klo dapat d & E kena rotan dengan hm

MEMANG TAKUT AaR ....................CAM MANA NIE

DAH LA PAPER SEMUANYA AGAK MENCABAR

TERUTAMA PAPER COMPUTING

MEMANG KAW -KAW LA

YA ALLAH BERILAH AKU PETUNJUK DAN HIDAYAH MU

KEPADA KU ...........

APA 2 PON ESOK AKU MSTY WAT YANG TERBAIK

UNTUK PAPER BM SATU & MUET

CHAIYOK -CHAIYOK HAZA -HAZA FAITI OK

LAGIPON ARY JUMAAT NIE AKU NAK BALIK UMAH DAH

TAK SABAR NYA NAK JUMPA UMMI ,ABAH & ADIK -ADIK AKU

APA 2 PON PEKSA DULU BARU PIKIR PASAI BALIK

HAHAHA ....NIE KAWAN -KAWAN AKU PYA PASAI LA

SEMUANYA DAH DAPAT SEMANGAT UMAH SAMPAI TEMPIAS KAT AKU



JOM BALIK B.COMEL 89

Isnin, 25 Mei 2009

MOGA KAU ISTIQAMAH SAHABAT KU ................




Saya rimaslah pakai tudung labuh-labuh, baju besar-besar ni.. Panas!” Bagaikan terngiang-ngiang suara Khalida, teman yang dikenalinya semenjak orientasi lagi yang merangkap teman sebiliknya. Zinnirah melepaskan keluhan, rasa sebak kerana masih tidak mampu menerangkan syariat Islam sebenar kepada Khalida walaupun sudah lama mereka berkenalan. “Zinnirah! Nak tengok tak gambar masa birthday party saya hari tu?” Zinnirah tersentak. Suara lantang Khalida membuatkan Zinnirah berpaling ke belakang. Senyuman yang paling manis dihadiahkan, istimewa buat sahabat tercinta. “Boleh juga” Khalida girang, cepat sahaja tangannya menunjukkan beberapa gambar dalam handphonenya. Celoteh mulutnya bercerita itu dan ini sehingga tidak terlihat kerutan pada dahi Zinnirah, hampir-hampir sahaja kening halus milik Zinnirah bercantum. “Khalida…” Zinnirah cuba bersuara setenang mungkin. “Ye, best kan tengok gambar-gambar ni, sorrylah tak dapat ajak awak sama… awak kan selalu sibuk, persatuan tu lah, persatuan ni lah.. Lagipun…” “Er, Khalida, kenapa awak tak pakai tudung?” Segera Zinnirah mematikan celoteh Khalida. Khalida terdiam, berkerut-kerut dahinya seolah-olah mencari satu jawapan yang konkrit untuk diberi. “Ala… Kan hari tu special day saya, takpelah bukan selalu pun..” Zinnirah beristighfar di dalam hati, jawapan yang diberi dirasakan seperti satu belati tajam yang menusuk lubuk hatinya. Hampir sahaja takungan air di kelopak mata Zinnirah jatuh ke bumi, namun Zinnirah masih cuba tersenyum. “Kita harus mengenali siapa mad’u1 kita, jangan main hentam sahaja hendak berkata itu dan ini… Jangan main suka-suka bagi dalil-dalil Al-Quran dan Hadith kerana andai mad’u1 kita itu tidak memahami apa itu Islam sebenar, bagaimana mereka hendak menerima segala dalil-dalil tu?” Bagaikan terngiang-ngiang suara Kak Harissah, naqibah2 halaqahnya. Zinnirah merenung kembali sejarah hidup sahabatnya yang seorang itu… Khalida telah kehilangan ibu seawal usia 12 tahun, terpaksa pula dia melayan karenah adik-adiknya seramai 5 orang kerana dia merupakan anak yang sulung. Dia hanya mendapat kasih sayang dari pembantu rumahnya yang tidak pernah mengajarnya apa itu Islam… Mengenangkan itu, Zinnirah kembali tenang… “Zinnirah, awak marah saya ke?” Zinnirah tersentak. Wajah Khalida dipandang dengan penuh kasih seorang sahabat. Lantas, senyuman terukir di bibirnya “Taklah… cantik gambar-gambar awak ni… tapi saya suka gambar awak pakai tudung, cantik..” Khalida diam. Seolah-olah mengerti apa maksud Zinnirah. “Zinnirah, kenapa kita kena pakai tudung? Kan nikmat Allah tu harus dikongsi-kongsi, salah ke saya kongsi nikmat Allah macam rambut saya semua kat orang lain?” Zinnirah menghela nafas. “Khalida, kalau awak diberi pilihan untuk membeli sebiji batu permata… Dua-dua sama jenis, tapi yang satu tu diletak untuk tontonan ramai, banyak kali dibelek-belek, yang satu lagi dibungkus dengan kain, diletak dalam sebuah kotak baldu yang cantik, yang mana awak nak?” “Mestilah yang dalam kotak tu.” “Macam tu juga lah tanda kasih sayang Allah pada kita, kerana sayang, Allah suruh kita tutup semua yang patut agar semua tu diberi untuk yang teristimewa iaitu suami kita… kalau awak tak nak barang yang dah dibelek-belek, takkan awak sanggup nak bagi suami awak yang sisa-sisa sahaja?” Khalida diam, merenung jauh… * * * Usai solat subuh, Zinnirah duduk di atas sejadah.. merenung kembali apa yang telah dilakukan..“Zinnirah” Terdengar suara Khalida memanggil, Zinnirah merenung muka Khalida, penuh kasih.. “Awak dah solat?” Zinnirah bertanya. “Dah.. er, Zinnirah, saya ada hajat sebenarnya” “Apa dia?” “Saya… sebenarnya saya suka tengok cara awak pakai tudung.. kemas.. Boleh tak ajarkan saya?” Zinnirah tersenyum. Subhanallah! Sungguh dakwah itu bukan semata-mata melalui ucapan. Perlakuan, sikap, kekemasan diri semua itu perlu ada dalam diri seorang da’ie3. “Boleh..” Cepat sahaja Zinnirah melipat telekung, bersedia untuk membantu Khalida yang akan ke kelas sebentar lagi. Zinnirah mendapatkan tudung yang tidak terlalu labuh tapi masih mampu menutup aurat yang sebenar iaitu menutup dada dari hadapan dan juga tepi, tidak lupa juga zinnirah memastikan tudung yang dipilih itu jika ditiup angin tidak menampakkan dada. “Terima kasih Zinnirah..” Zinnirah senyum. “Pandai awak berdakwah, awak tak pilihkan saya tudung yang labuh sangat… Kalau tak mesti orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung macam saya ni tak selesa nak pakai” “Khalida… labuh tak labuh tudung tu bergantung pada keimanan dan keselesaan. Kalau awak rasa pakai tudung bidang 50 ni selesa, dah tutup dada… pakai lah, takpe.. Islam itu tidak menyusahkan umatnya..” “Awak selesa ke pakai tudung bulat yang labuh tu?” “Alhamdulillah… rasa aurat lebih terpelihara” “Zinnirah, terima kasih ya… Saya pergi kelas dulu” * * * Hari minggu itu Khalida pulang ke kampung meninggalkan Zinnirah keseorangan… Zinnirah redha, sms yang menjadi penghubung antaranya dengan Khalida sudah cukup menghiburkan hati..
Zinnirah, tunggu saya balik tau esok… Saya ada kejutan untuk awak Sms itu sedikit sebanyak membuatkan Zinnirah berdebar-debar… Hari esok seakan-akan lambat untuk tiba… * * * “Assalamualaikum…” Suara Khalida di muka pintu membuatkan langkah Zinnirah laju, tombol dipulas, pintu ditarik dan kelihatanlah wajah sahabatnya yang tercinta… “Khalida…” Air mata Zinnirah tidak mampu ditahan lagi untuk jatuh ke bumi… Deras ia mengalir lantaran terharu melihat Khalida yang cantik berjubah dan bertudung labuh.. “Zinnirah… kenapa awak menangis? Awak tak suka ye saya pakai macam ni?” “Bukan… saya suka sangat, subhanallah… saya terharu” “Zinnirah, terima kasih… awak banyak ajar saya, awak tak pernah marah, awak tak pernah malu berkawan dengan saya walaupun dulu saya jarang-jarang pakai tudung… Terima kasih sahabatku..”Lantas, Khalida memeluk zinirah erat ....dalam hati zinirah berdoa moga kau istiqamah sahabat ku ....

SAHABAT




Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari? Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya.. Kenapa mesti kita bersahabat??? 1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman.. 2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu.. 3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredoannya .

Sabtu, 23 Mei 2009

SuAsANa aRy GuRu KaT aL MiZaN

NIE TiMe ary gUrU KaT miZaN ................wAt cIkGu KaT mIzAn kenangan cikgu 2 tetap tersemat dalam haty saya time kasih wat semua cikgu yang pernah mengajar saya dari form 1-form5 ...i love my teachar


Nak TaW taK nIe SAPeR ???Nie LA CiKgU yaNg PaLInG cOmEl Kt MiZAN ........tApI jAnGAn maEn DeNgaN diEr BeCoUse DiER saNGaT gAraNG
Nie GaMbar CiKgU pEReMPUAN kat miZAn AMaCAm BErDeDIkAsI tak Cik Gu kAt SANa ,,,MoGA cIkGu SEmUa DaPat MeNjaLAn KAN tUgAs DeNgaN baEk ....




sEKALi SeGaLa BEsT jUgAk TeNGoK CikGu nIE aDAKAn pErSEmBaHaN .....adA BaKat tAk





Nie La GaYA Cik Gu PEremPUa n bILa BaCA ikRaR HAri GuRu ,,,mCAm-maCaM ga YA ada


Khamis, 21 Mei 2009

ALi NaSeH ULwAn ............................


ANAk CIKgu NAZruL IZwAn & kak NoRimI ........



naseH dENgAn uMmiNYa kaK NOriMi .........


aLi nAsEh UlwaN ToMEY tAk ......................



La bUDaK NIE anAK saPeR la yanG tOmeI nie


CiKGU nazRuL .....& ISTERI


NIE gaMbar CIKGu kami

cikGU nie ARtis TAw ARtiS NASYID LAgi

naK taw TaK kump ApA tenTU la KuMP as SauFEE

tak cAya Gi LA tenGOK SENDIRI

TIME nIE gamBar DIer KAwen

isterinya NAmA noriME

canTIK TAW jangan CUBA ngoRAT

nanTY KEna Mrah heheHE ........ PADAN MuKA




Rabu, 20 Mei 2009

CERPEN UNTUK SAHABAT SEJATI ....................


Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka."Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja."Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?""Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya."Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida."Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"Zuraida sengih lagi."Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara."Tak tau, hehe" Hayati berlawak."Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk."Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat."Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni""Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja."Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,"Ku biarkan pena menulisMeluahkan hasrat di hatiMoga terubat segalaKeresahan di jiwaTak pernah ku ingini"Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah."Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat."Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."
Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."Zuraida tersenyum sahaja.Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata."Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.Hayati mengangguk, "Cakaplah..""Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati."Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah."Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!""Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka."Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung."Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri."Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati."Hehe.." Hayati tergelak kecil."Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya."Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

ANALOGI KUNCI KEPADA KEHIDUPAN ....


Analogi Kunci Kepada Kehidupan



Dalam kehidupan ada pasang-surutnya, ada masa kita dikurniakan nikmat dan adakalanya kita ditimpa musibah atau ujian. Manusia yang hidup didunia ini tidak akan seorang pun akan lepas dari ujian. Kadangkala kita terlupa apakah tujuan sebenarnya ujian-ujian yang menimpa ke atas kita. Sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Dengan kata lain, ada hikmahnya.Apa yang ingin disentuh ialah salah satu cara untuk mengawal diri dari terbabas ketika menerima ujian atau musibah. Terutamanya untuk pelajar-pelajar yang mendapati kesukaran dalam pelajaran. Seperti pepatah yang mengatakan 'Langkah yang seribu, tidak akan bermula melainkan dengan langkah pertama.Dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, kita boleh lihat analogi kunci. Kita diibaratkan seperti seorang yang ingin membuka sebuah pintu. Kita diberi satu gugusan kunci yang banyak. Katakanlah satu gugusan kunci mengandungi 1000 kunci. Pintu yang dikunci boleh diibaratkan dengan masalah yang hadapi. Jadi untuk membuka pintu tersebut mahu tak mahu, kita perlu mencuba satu per satu kunci dalam gugusan tersebut.Masaalahnya disini sejauh manakah kita mampu untuk membuka tersebut tersebut sedangkan kita mempunyai segugus kunci yang mempunyai 1000 kunci? Hanya dengan keyakinan? doa? tawakkal?. Bahkan kita perlukan usaha untuk membukanya.Keyakinan bahawa pintu tersebut akan terbuka akhirnya jika kita cuba membuka satu per satu perlu ada. Disamping itu, keyakinan bahawa Allah hanya akan melihat kepada usaha lebih dari keputusan juga perlu ditanamkan dalam hati. Usaha yang berterusan juga perlu. Tidak mudah putus asa. Tidak futur dalam perjuangan. Kembali kembali kepada analogi tadi. Kita akan merasai susah jika kita cuba membuka pintu tersebut dengan kunci yang pertama. Tetapi perlulah diingat, semakin lama kita mencuba, insyaALLAH, semakin tinggi kebarangkalian untuk pintu itu dibuka. Manakan sama kebarangkalian untuk pintu itu dibuka apabila kunci yang pertama dibuka (1/1000), berbanding dengan kunci yang terakhir dibuka (999/1000). Maka, ingatlah, setiap ujian dan kesusahan, jika kita mencuba secara berterusan, insyaALLAH, perkara yang kita hadapi akan menjadi lebih mudah.

HATIKU SEBESAR CAWAN


Hatiku Sebesar Cawan



" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri. Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut. Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan. " Anak muda... " lelaki tua itu bersuara ." Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi. " Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu. " Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut. " Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi. " Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. " Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup. " Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu. " Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut. " Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut. " Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya.



Khamis, 14 Mei 2009

WAKT2 BESDAY AKU YANG KE 20 TAHUN ......

TANGGAL 8 MEI .....
nie tarikh besday kter ....
kter just nak ucap kat member - member form 6 kat bynun
time kacih sebab sudi meraikan besday kter ....
walaupon kter gram kat korang yang meyebabkan kter terpaksa berulang -alik ke tandas untuk cuci rambut sebanyak 3 kali
akibat mandi bedak korang yang wangi 2
korang tetap still dalam ingatan kter walaupon dah pindah sek nanty ..moga kter sama 2 dapat 5 pricipal 'A' dalam stpm nanty
wat cikgu marina lak time kacih jugak sebab belanja kek untuk kami 1 kelas sempena besday saya tak ketingalan jugak wat cikgu mastura yang bagi kterorang coklat dari langkawi lagi taw .......
wat family saya time kacih sebab sentiasa mendoakn untuk saya ,ummi & abah & adik 2 yang laen time kasih taw ,sebab korang still ingat besday akak korang yang comel nie...hehehe
tak ketingalan wat adik angkat angkat akak kat bynun iait2 farah afiqah thanks untuk frame gambar yang cute 2 begit2 jugak wat syakirin ....korang memang adk yang baek

SAYANG UMMI..........


SELAMAT HARI IBU......


JUST FOR YOU MY LOVING UMMI






















10 mei ary 2 ..
adalah ary ibu ,
kat umah opah saya iait2 rumah yang terlatak disebalah umh saya
adk beradik mak saya adakan majlis ckit untuk meraikan opah saya ,
banyak jugak la makanan yang dimasak oleh mak sedara saya
tak ketingalan jugak orang masjid untuk baca doa ....
kami adik baradik pon meraikan ummi kesayangan kami taw
walaupon tak meriah mana
kami still ingat kat ummi kami ....
ktorang kumpul duit just bagi ummi kek jer
akak &adik -baradik yang laen harap ummi hargai kek ktorang 2 taw ....
apa pon akak still sayang kat ummi
arap ummi bersabar lah menghadapi kerenah anak ummi yang nakal &degil nie yerk ....
akak harap ummi doakan akak bjy dalam apa jua bidang yang akak ceburi
dan mencapai apa yang akak cita -citakan ....
akak sayang ummi ,kaulah inpirasi ku

hasil nukilan
aNaKmU YaNg cOmEl


Rabu, 13 Mei 2009

Seorang Anak: Antara Realiti dan Rasionaliti

ANTARA SEORANG ANAK REALITI @RASIONALITI

Realiti Sebagai anak wajib kita mentaati ibu bapa malah memenuhi segenap ruang keperluan mereka. Walau mereka tidak meminta tetapi cukup dengan bahasa isyarat yang lumrahnya orang tua ini mereka tidak akan secara verbal berkata mahu itu dan ini. Lain pula halnya kita semasa kecil hingga kealam sebelum bekerja sendiri. Ada kemahuan sahaja terus diajukan, jika tidak dipenuhi dengan segera mengamuk, merajuk dan segala macam pemberontakan seolah tunjuk perasaan dilakukan. Tanpa memikirkan apakah implikasi permintaan itu yang kadang-kadang menyebabkan mereka terpaksa meniriskan bajet belanjawan bulanan semata-mata untuk memenuhi kehendak seorang anak, itu jika seorang. Kalau 5 orang, 10 orang? Maka bayangkanlah! Terkadang pula bukan mereka tidak mahu memenuhi permintaan itu tetapi hanya yang dipinta ialah tempoh masa, hujung bulan. Tetapi tidak juga mampu bersabar, terus menekan dan meminta, meraung malah tidak mahu bercakap dengan mencuka masam, hai anak..kenapa lakumu begitu? Mungkin tidak faham akan situasi realitinya sebagai ibu bapa lagi. Nanti dia dah berumah tangga dan mempunyai anak sendiri, akan tahulah dia pahit maung membesarkan insan yang bernama anak itu. Agama Islam mengajar kita ketaatan itu jika menurut turutannya maka ibu bapa terletak pada makam nombor 3 selepas Allah dan Rasulnya. Antara ibu dan bapa pula, diberatkan ibu itu dalam kiraan 3 kali ganda daripada bapa mengikut hadis baginda Rasulullah sendiri. “Maka janganlah kamu berkata walau dengan perkataan ‘uh’ (mengeluh)…..” Rasional Secara lumrah alam dan adab tertib kemanusiaan ditambah pula adab sunnah seorang Islam, maka berbakti dalam erti kata membalas jasa kedua ibu bapa adalah perkara yang wajib. Nak dapat tidak itulah kemestian seorang anak. Ada perbezaan di sini antara anak lelaki dan perempuan kerana setelah seorang anak lelaki berkahwin, pertalian jasa hayat dengan ibu bapanya masih terjalin manakala seorang anak gadis yang sudah bergelar isteri maka suaminya adalah tunggak redha Allah. Rasionaliti mungkin tidak akan memahamkan kita hakikat ini kecuali ajaran agama Islam sahaja yang mampu menghuraikan kenaifan minda akal dalam pentafsiran hukum syariah Allah berkenaan ketaatan kepada ibu bapa ini. Apapun, memenuhi keperluan adalah keutamaan setiap anak tidak kira dalam apa keadaan sekalipun, kehendak juga perlu diusahakan sedaya mungkin walau nampak zahirnya akan membebankan, tetapi yakinlah bakti kepada ibu bapa akan tunai di balas Allah di dunia lagi, segera pasti. Tidak perlu takut untuk sedikit beban yang akan tidak ternilai kiraan pahala disisi Allah itu. Yang perlu kita risaukan dan pinta ialah keredhaan ibu bapa yang mensyiarkan redha Allah serta menjamin keberkatan hidup kita walaupun dalam apa jua keadaan, Insya-Allah. Dengan keredhaan inilah pintu segala kebahagiaan, keredhaan akan dapat dibuka dan dinikmati kelak, itulah kuncinya. Suatu hari ketika balik bercuti ke kampung dari ibu kota saya madah dengan jelas kepada kedua ibu bapa saya selepas menunaikan solat jemaah bersama-sama : “Umi, Abi..Abe nyusoh ko abi nga umi hampir 20 tahun lebih doh. Jadi lepah ni iktikad Abe tok sir doh nyusoh ko Abi nga Umi dale segenap hal. Cumo Abe nok dari Umi nga Abi, doa ko Allah mintok Abe berjayo dunio akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpe sene insya-Allah. Selagi perkara yang Abe buat lepah ni tok langgar hukum Allah mintok Umi nga Abi redho..” Maksudnya : “Umi, Abi..Abang dah menyusahkan Umi dan Abi hampir 20 tahun sudah. Jadi lepas ni iktikad Abang takkan menyusahkan Umi dan Abi lagi dalam segenap hal. Cuma Abang mintak dari Umi dan Abi doakan abang berjaya dunia akhirat, insya-Allah Umi, Abi dan adik-adik akan tumpang senang insya-Allah. Selagi perkara yang Abang buat lepas ni tak langgar hukum Allah mintak Umi dan Abi redha..” Disimpul-simpulPerlulah disedarkan bahawa antara realiti dan rasionaliti ada satu istilah lagi yang mampu memansuhkan hegemoni pemikiran yang objektif itu. Istilah berkat adalah suatu perkataan yang tidak pernah diajar dalam silibus mata pelajaran yang berkiblatkan kebaratan. Malah ahli falsafah dahulu kala hingga sekarang jika mereka itu bukan Islam tidak pernah menyingkap serta memperkatakan tentang berkat. Hanya Islam yang membawa, mengajar dan mengharap kepada keberkatan. Maka jika kita butuh dan berusaha dengan sepenuh harapan serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada tuhannya, umat kepada Rasulnya dan anak kepada ibu bapanya. Jadi perlukah lagi kita sangsi tentang keberkatan? Malah terhadap kepertanggungjawaban kepada kedua ibu bapa? Fikirkanlah.

NIE GAMBAR KTORANG KAT BTN ARY 2


NIE GAMBAR AKAK LEPASAN STPM JANGAN MAIN -MAIN TAW RESULT AKAK NIE GEMPAK -GEMPAK BELAKA NIE GAMBAR KTORANG KAT CHALET KEDIAMAN KTORANG

AMACAM BEST TAK .....KLO NAK RASA MAI LA JOIN KTORANG







NIE GAMBAR CAMERAMEN KTERORANG KAT BTN ULU KENAS ARY 2











AKU ANAK SEORANG PEJUANG .....

Surah Muhammad : 7 Maksudnya:
" Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama ALLah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.


AKU ANAK SEORANG PEJUANG

" Aku dilahirkan dalam keluarga yang menekankan agama. Ayah ku seorang doktor dan ibuku seorang suri rumah. Mereka juga merupakan aktivis masyarakat dan penggerak sebuah parti Islam yang telah lama bertapak di bumi Malaysia ini. Sejak kecil saya dan adik beradik yang lain dididik untuk berdikari dan sentiasa dibawa untuk bersama-sama mengikuti program-program jemaah. Bagi kami istilah seperti usrah, tamrin, tarbiyyah sudah tidak asing lagi. Jika kami tidak ikut serta dalam program, kami sering ditinggalkan di rumah bersama kakak yang sulung yang umurnya pun bukan ketika itu 12 tahun.Kadang-kadang keadaan tersebut menyebabkan aku sering terasa diabaikan kerana kesibukan ayah dan ibu. Ketika aku meningkat remaja, aku terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh. Pada hari pendaftaran aku tidak ditemani oleh ibu bapaku seperti mana sahabat-sahabat lain. Ayah, ibu dan adik-adik berada di luar negara selama setahun kerana tugasan ayah. Aku cuba untuk hidup berdikari. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, namun kelibat ibu bapaku masih tidak muncul untuk datang melawatku.Setiap kali hari kunjungan keluarga, aku akan menunggu di tepi kantin dengan harapan ibu bapaku akan datang walaupun aku tahu itu tidak mungkin terjadi kerana mereka berada nun jauh di seberang lautan. Memang benar pepatah mengatakan `penantian satu penyeksaan’. Sekian lama mengharap,pada suatu petang aku mendengar namaku dipanggil di corong pembesar suara. Pada waktu itu hanya Allah yang tahu betapa gembiranya hatiku.Dari jauh aku nampak kelibat ibu bapaku, tanpa di sedari air mata kesyukuran jatuh bercucuran. Penantian setahun kini berakhir. Pada tahun berikutnya aku menghadapi peperiksaan yang besar iaitu SPM. Seperti sahabat-sahabat lain aku mengharapkan keluarga ku datang untuk memberi semangat kepadaku untuk belajar. Namun setiap kali aku menelefon ibu bapaku pasti mereka akan jawab,"ibu ada program hujung minggu ni","minggu ni ibu ada usrah","ayah kena rasmikan majlis ni minggu ni" dan jawapan-jawapan sepertinya yang lain.Jarang sekali mereka berkelapangan untuk datang melawatku di sekolah. Sahabat-sahabat ku selalu bertanya kepada aku," anti ni orang Selangor je tapi jarang ana nampak keluarga anti datang". Aku hanya mendiamkan diri, diam seribu bahasa. Aku tahu jika aku terangkan kepada mereka pun, mereka tidak akan faham. Kadang-kadang pernah terdetik di hati ku, adakah adil semua ini untuk aku. Namun cepat-cepat aku padamkan perasaan itu.Ibu selalu berkata, "kerja-kerja jemaah inilah yang memberi keberkatan dalam hidup kita". Kenyataan itu tidak dapat aku nafikan. Aku dan adik beradik yang lain lebih mudah memahami sesuatu pelajaran berbanding orang lain. Banyak kejadian dalam hidup keluarga kami membuktikan pertolongan Allah sangat jelas datang membantu. Contohnya ketika keputusan SPM diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Aku yakin bahawa kejayaan ini hasil keberkatan daripada kerja-kerja jemaah yang dilaksanakan oleh ibu bapaku.Kini aku pula terlibat dengan kerja-kerja jemaah. Aku mula memahami betapa pentingya perjuangan ini , perjuangan yang tidak menjanjikan ganjaran wang ringgit bahkan kekadang mengundang kebencian manusia. Namun hanya keredhaan Allah didambakan agar agama Allah dapat didaulatkan di atas muka bumi ini. Kerja yang memerlukan banyak pengorbanan ini tidak semua orang sanggup memikulnya. Ada yang gugur di tengah jalan kerana tidak mampu menghadapi cabaran-cabaran dalam berdakwah.Aku mula menyedari dan memahami penglibatan ibu bapaku selama ini. Kepada semua anak-anak pejuang, janganlah kalian sedih dan rasa terabai kerana janji Allah itu pasti seperti di dalam surah Muhammad ayat ke-7 yang nyatakan di atas tadi. Kepada para pejuang, jangan sesekali ragu-ragu dan merasa bersalah kerana terpaksa meninggalkan anak-anak kerana sibuk dengan perjuangan, kami anak-anakmu memahami dan kami bersedia menjadi penerus perjuangan ini. Yakinlah bahawa Allah tidak akan sia-siakan segala pengorbananmu.....TAKBIR!!! CORETAN RASA Humayra Mawaddah...

Jumaat, 8 Mei 2009

GAMBAR KELUARGA SAYA.........



NIE GAMBAR MOYANG SAYA

percaya tak saya yang sekarang nie berumur 20 tahun

masih ada moyang lagi....

bertuah betui saya taw sebab masih ada moyang lagi

sesetengah oarang tok &opah dah tak ada

saya moyang pon ada lagi ......

tapi dier sekarang dah tak berapa sihat dah...

moga dia still panjang umur ....

saya sayang moyang




NIE GAMBAR FAMILY SAYA &TOK DAN OPAH


nie la gambar family saya time nie waktu raya .........


time nie ktorang raya kat umah tok di malim nawar


bila raya macam -macam makanan ada kat umah tok saya ...


tak caya mai la datang raya ;;hehehe


sure ada lemang & rendang &kuih raya ,,,orang yang mai beraya ...


tak taw la nak cakap apa lg


apa pon saya still sayang kat family saya ....termasuk opah &tok saya


sebab mereka la sumber inpirasi saya ,dan semangat saya dalam apa jua cabaran yang berlaku kat dalam dunia nie












Rabu, 6 Mei 2009

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang' di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling senduk melayang'.
Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)
Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud: "Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......
Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


0 comments »

BERHENTILAH JADI GELAS ..................

************************ Motivasi ***** *************************motivasi, inspirasi, cerita bijak, renungan, kata-kata bijak,cerita unik yang menarik, cerita rekan kantor, kisah teladan,kisah sukses, ..............***************************************************************Berhentilah Jadi GelasSeorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnyabelakangan ini selalu tampak murung."Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah didunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" sang Guru bertanya."Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuktersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sangmurid muda.Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam.Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaangurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimanayang diminta."Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kataSang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit."Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum airasin."Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru."Asin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masihmeringis.Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringiskeasinan."Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekattempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau."Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpabicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasaasin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludahdi hadapan mursyid, begitu pikirnya."Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambilmencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggirdanau.Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, danmembawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingindan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanyakepadanya, "Bagaimana rasanya?""Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya denganpunggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumberair di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah.Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yangtersisa di mulutnya."Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?""Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air danmeminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya,membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas."Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalahdalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang haruskau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuaiuntuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurangdan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pundemikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yangbebas dari penderitaan dan masalah."Si murid terdiam, mendengarkan."Tapi Nak, rasa `asin' dari penderitaan yang dialami itu sangattergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itujadi sebesar danau."

KENANGAN DI KEM BTN ULU KENAS ...........

KENANGAN BERSAMA -SAMA DI KEM BTN ULU KENAS
pada 1 mei ary 2 ktorang budak form 6 kat bynun kecuali husna , gi kem kat ulu kenas
mula 2 ingat kem gpms ,rupa2nya kem btn iait2 kem biro tatanegara
walaubagaimana pon kem i2 memang seronok selain dapt b,kenalan dengan bdk form 6 sek laen banyak jgk pengalamn yang kami dapat antaranya
  • merasa turun menara dengan tali best giler walaupon takut
  • pas 2 ktorang gi merakit dari tamn rekrasi kuala kangsar sampai kat sek ulu kenas memang mencabar ,dengan rakitnya lalu bawah buluh la ,berpusing la ..,macam-macam aksi ada tapi memang satu pengalamn yang tak dapat dilupakan la ,selain dapat merasa kesusahan orang zaman dahulu perlu bersusah -payah untuk ketempat yang laen dgn mggunakan jln air sbb tak ada jalan darat ....klo leh macam nak merakit lagi jer
  • lepas merakit kiterorang kena jalan kaki sebanyak 7 kilometer untuk balik ke kem .walaupon penat kterorg jln jgak nak melihat suasana kmpung &mrasa betapa penatnya org zaman dahulu terpaksa berjaln kaki beratus kilometer untuk gi ke pekan ......tapi kami tak rasa penat pon sebab pak megat & pak mat bagi teka -teki yang lawak jer sepanjang perjalanan ke kem .......macam -macam yang ktorang dapat .......memang seronok la..
  • bila LDK pulak banyak input yang ktorang dapat dari fasi masing -masing ,tentang pengalamn mereka,banyak pengetahuan yang akan kter dapat bila mndegar pengalamn orang laen ....
  • wkt2 malam yang terakhir ktorang sempat lagi bersembang dengan budak yang dah menduduki stpm iaitu rahman ,nadiah ,irriana,dan yang laen ...la ,,mereka beri input cam mana nak study & menjawab soalan stpm ...mereka pon bukan calang -calang orang jugak sebab result mereka bagus 2 jugak taw ,......jangan maen-maen ........

i2lah antara pengalamn yang menarik yang dapat dikongsi bersama -sama wk2 kem 2......,moga kem seperti it2 dapat mendidik jiwa anak muda zaman skrang nie yang makin lupa akn tanggungjawab mereka sama ada untuk belajar ,terhadap keluarga ,apatah lagi negara ......moga kenangan ini dapat memberi 1000 pegertian yang berguna wat kawan -kawan yang join kem nie........

hasil nukilan ..........

b.comel 89@kausar hamdan

RABU 6 MEI 2009

ary ni kterorang gi speking muet kat jj (jelapang jaya )
wah takut jugak la ....
sebab selama asyik cakap bahasa melayu tapi bl kn speking mula la tak keruan
tapi apa 2 pon benda dah lepas malas nak pikir dah ....
skrang nie fikir nak exzam ppt jer iaitu seminggu sblum cuti untuk tengah tahun nie ...
msty wat yang terbaik sebab pengetua dah pesan kat semua klo result tak elok dia akn rotan
tak nak saya kena rotan wat malu jer ......
apa 2 pon mulai skrang saya msty berusaha untuk mantapkan study saya untuk stpm
sebab stpm dah nak dekat dah ....
saya yakin &percaya bahawa saya akan berjaya dalam stpm & mencapai cita 2 saya untuk menjadi seorang pensyarah .....
doakan kejayaan saya.....................................
wassalam...............