thanks for add


Ahad, 12 April 2009

IBU AKU MENANTIMU DISANA







SEKADAR RENUNGAN ....BUAT SAHABATI DISANA
Bulan ini, sudah hampir sembilan bulan aku dikandungkan ibuku dan dibawa kesana kemari. Rasanyanya, sudah tidak sabar lagi untuku keluar melihat dunia.aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia. Betapa cantiknya alam ciptaan Tuhan ini. Dan yang paling aku nantikan, ialah menatap wajah ibuku.Ah! sebulan ini bagaikan setahun rasanya bagiku.Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua...dengan payah, dengan jerit tangis dan sakitnya, akhirnya aku dilahirkan. Sebaik keluar,aku menjerit dan menagis ketakutan.bilik kecil itu begitu asing bagiku. Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia.Tiba-tiba,aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku. Aku membuka mata dan mengerking kearah manusia itu. Oh! Inilah ibu. Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan. Cantik orangnya. Apabila ibu mendakapku, terasa aman jiwa ini. Aku berhenti menangis. Aku begitu selesa berada didalam dakapan ibu.Aku memerhati sekeliling. Ayah, dimana ayah? Aku ingin menatap wajah ayah. Tapi ayah tiada. Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain. Aku tidak tahu siapa wanita itu, lalu aku kembali menangis. Lantas wanita itu kembali menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisap semahu-mahunya.Tidak lama kemudian, aku melihat ibu bersiap-siap. Ibu.....ibu mahu kemana? Ibu tidak menjawab pertanyaanku itu, sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang mendukungku ini.Aku menjadi pelik, kenapa ibu tidak mahu menggendong aku. Bukankah aku ini anaknya? Selama sembilan bulan aku menunggu untuk menatap wajahmu ibu, kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin terhadapku?Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta. Ibu memelukku erat,matanya tepat memandang kewajahku. Mataku dan mata ibu bertentangan. Terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajahmu ibu...Aku melihat sekeliling. Gelap. Ada bulan diatas sana dan disekelilingnya berkelip-kelip jutaan butir bintang. Langkah indahnya dunia ini. Mungkin inilah yang ibu katakan sebagai malam.Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti disebuah taman permainan kanak-kanak. Wanita itu kemudiaannya mengambilku daripada pangkuan ibu. Aku kembali menangis. Entah kenapa, aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakanku. Namun, ibu hanya melihatku dengan pemandangan yang sayu. Kemudian ibu berpaling ke arah lain. Wanita itu membawa aku pergi, lantas meletakkan aku diatas tanah yang berumput, bersebelahan dengan tong sampah yang hapak baunya.Aku menangis dan menjerit. Kenapa letakkan aku disini!!! Aku mahu kembali kepangkuan ibu...mana ibuku....Ibu!!! Kenapa ibu tinggalkan aku di sini? Di sini bukanlah tempat seorang bayi seperti kau ini. Bukankah aku sepatutnya dibelai dan dimandikan, lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuh ini???Semut-semut merah yang bias berkeliaran itu mula merayapi tubuhku. Seekor daripadanya menggigit tubuhku yang masah dipenuhi darah. Aduh! Ibu......sakit ibu....sakit!!!!!!!Aku terus meraung apabila semut-semut it uterus menggigit tali pusatku. Ia kemudian menggigit pula bibirku. Aduh....aku tak tertahan lagi.aku cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga, kaki, tangan dan seluruh tubuhku, tetapi tidak terdaya. Tanganku ini terlalu kecil dan lemah.Aduh.....ibu!!!!!!! sakit ibu...tolong anakmu ini ibu...aku menangis kesakitan, tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.Waktu berlalu, akhirnya aku menjadi lesu sendiri. Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan aku tidak berdaya lagi menepis semut yang semakin ganas menggigit tubuhku ini. Aku juga tidak berminat untuk melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung di langit.Ibu.....aku sayangkanmu....ibu...aku tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia, semata-mata untuk menatap wajahmu ibu, tapi ini yang kau lakukan padaku ibu...Langit beransur cerah, matahari muncul dan cahayanya kian terik. Terasa aku sudah tidak mampu lagi untuk menghembus nafas ini. Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil namamu ibu. Kini, aku benar-benar lemah. Sisa nafas hanya tinggal di tenggorokku.Telingaku tiba-tiba terdengar suara-suara manusia disekelilingku. Kemudian aku di angkat dan dipelukoleh seseorang, lalu membawa aku pergi dari situ.Namun, aku tidak lagi bersemangat untuk hidup. Aku sudah tidak mahu lagi melihat dunia ini. Aku juga tidak mahu lagi menatap wajah ibuku.Ibu, biarlah aku pergi,kalau itu yang engkau inginkanHanya satu yang ingin tanya padamu ibu...tidakkah engkau takut kepada Tuhan yang menjadikan diriku dan dirimu? Tidakkah engkau tahu, bahawa anak adalah satu kurniaan yang paling besar dari Tuhan buat hamba-hambaNya? Aku berdoa, semoga Tuhan mengampuni segala dosa-dosamu ibu.Aku tahu, sebentar lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhan. Aku akan bertemu dengan dua lagi abangku yang pernah dibuang sebegini oleh ibu. Nanti, aku akan mendengar pula kisah sedih abang-abangku yang senasib denganku ini.Terima kasih ibu, kerana melahirkan aku. Terima kasih juga kerana membuangku. Tunggu aku akan menunggu ibu ‘di sana nanti'.

0 ulasan: