thanks for add


Isnin, 20 April 2009

takutnya nak peksa muet ......




macam mana nie ......


ari sabtu nie dah nak peksa muet


takutnya ..........


mintak -mintak la aku dapat buat yang terbaik


moga ummi dan abah tidak terkilan dengan aku....


ya allah berilah ketenangan kepada aku untuk menjawab soalan muet nanty


moga apa yang ku lakukan ini memberi kejaYAAN KEPADA AKU .....AMIN


MOGA KAWAN -KAWAN ,UMMI &ABAH ,TOK &OPAH ,DAN ORANG YANG MENGENALI AKU MENDOAKAN AKU MENDAPAT KEJAYAAN .......


INSYAALLAH KEJAYAAN AKAN MENJADI MILIK AKU....


Ahad, 12 April 2009

MENAWAN TEMAN ATAU LAWAN



Prinsip 1: Hadirkan sifat ini dan anda akan dialu-alukan dimana-mana sahaja anda pergi. Hatta ke pasar mahupun ke kuliah dan sekolah.Jadi orang yang menarik supaya orang tertarik. Menarik kadang-kadang tidak di lihat oleh rupa tapi ia terserlah oleh sikap anda. Maka jadilah yang benar-benar menarik. Dengan kata lain IKHLAS dalam bersosial.
Prinsip 2: Cara yang paling mudah dan ringkas tapi ramai yang mengabaikannya. Ia mesti di lakukan dengan penuh keikhlasan barulah masyarakat disekeliling akan senang dengan anda. Pasti ada yang tertarik. Senyum
Prinsip 3: Jika anda tidak melakukan tindakan ini maka anda akan menghadapi masalah besar dalam berkomunikasi. Apakah ia ya? Mengingati setiap nama kawan dan lawan anda. Serta sesiapa sahaja yang dijumpai.
Prinsip 4: Tindakan sebegini penting dalam mengekalkan keharmonian anda dalam berorganisasi. Jika anda seorang leader maka sikap ini sangat penting untuk anda amalkan. Jadikan pendengar yang terbaik.Jangan cepat membalas setiap apa yang anda dengar dengan negative sign.Encourage them untuk menceritakan tentang diri mereka, mungkin masalah mereka. Barulah mereka merasa dihargai.
Prinsip 5: Macamana ingin menjadikan anda diminati ramai.Sesudah itu kata-kata anda seolah-olah sangat berharga buat mereka yang mengikut anda.Bercakap interm of the other person`s interests. Ikut dan lihat apa kemahuan dan minat orang yang akan anda tawan hatinya. Bercakap atas minatnya. Bukan minat anda.
Prinsip 6: Bagimana pula ingin menjadikan diri anda disukai dalam sekejap sahaja pertemuan? Diri anda akan dihargai jka anda melakukannya.Dan kawan mahupun lawan akan menghormati anda. Lawan mungkin boleh berubah menjadi kawan. Jadikan mereka sangat penting buat anda dan mereka rasa diri mereka sangat penting buat anda. Dan lakukan dengan seikhlas hati.
Prinsip 7: Wajar dilakukan tindakan ini. Moga-moga mnjadikan kawan anda selesa bersama anda. Apakah ia? Penampilan kemas walaupun diri ini tidak secantik dan sehensem bintang-biintang filem tanah air mahupun hollywood.

Lawan juga teman.
Inilah sedikit perkongsian .Selamat mencuba dan praktikkan. Insyaallah diri anda akan dihargai,disayangi rakan mahupun lawan.
Komen penulis: Tajuk ni saya kira paling sesuai untuk saya coretkan buat kali ni. Namun begitu saya bukanlah seorang yang hebat, cuma ingin sekadar berkongsi sedikit sebanyak dari hasil pembacaan saya dari beberapa buku dan pemerhatian.
Komen editor: Menjaga hubungan sesama manusia dan menjaga hubungan dengan Allah. Hablul minannas wa hablul minnallah. InsyaAllah. Amin Ya Rabb.

DOA SEORANG IBU UNTUK ANAKNYA


Seorang ibu sentiasa mendoakan anaknyaSambil membasuh pinggan di singki, fikiranku melayang-layang. Teringat kepada SMS yang ku terima dari anak lelakiku yang masih di peringkat matrikulasi UIA. "Mak......test fizik tadi,boleh juga jawab, tapi sebab careless ada yang tersilap."Begitulah bunyi SMS daripada Salman. Sebagai ibu, apa patut aku balas? Apa yang aku rasa tidak mungkin dapat diluahkan melalui SMS. Lalu, aku bingkiskan segera surat ini untuknya.
******Bismillahirrahmanirrahim. Man yang dikasihi, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya emak dapat menulis surat ini untuk tatapan Man. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar? Semoga Man berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.Man masih ada test lagi? Mak harap Man terus berusaha. Belajar di universiti tak sama dengan belajar di sekolah. Di U, ujian selalu diadakan dan peratus markah sentiasa dikumpulkan untuk dicampurkan dengan ujian semester akhir. Ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan kita mewujudkan suasana pembelajaran yang berterusan dan mengelakkan kita dari membuang masa dan lalai. Mak tahu...memang Man akan rasa bebanan dan tuntutan belajar tu, tapi itulah hakikatnya. Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.Man yang dikasihi, mak harap Man jelas akan matlamat ini, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Mak tahu memang payah...memang susah belajar di sana... tapi itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, mak nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walaupun Man sibuk kuliah,usahakan supaya dapat berjemaah di surau kampus. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda. Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.Ingat tak? Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.
Begitulah hakikat diri kita Man..terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh beerusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT. Mak teringat ujian fizik Man yang Man beritahu baru-baru ini. Tak apalah..tak boleh jawab sepenuhnya pun..usaha lain kali. Tapi ingat! Iringilah dengan ibadah yang kuat kepadaNya. Insya-Allah, Dia akan lebih dekat dengan kita.Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu Man. Insya-Allah, Mak akan menulis lagi. Salam juga dari Ayah dan adik-adik di kampung. Mak harap Allah mengurniakan kekuatan dan kesihatan kepada Man untuk terus berjuang. Mak doakan agar Man sentiasa diberi rahmat oleh Allah SWT.WassalamSalam sayang,Emak

KENAPA MALAS



Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.
Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.
Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif.
Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.
Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.” Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu. Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.
Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur. Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.

RAHSIA JARI KTER


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA


Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.* orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.* Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.* Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.* Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.* Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.* Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.* Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.* Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.* Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.* Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.* janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.* Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.* Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.* Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.* Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilahterlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.* selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.* Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.* Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.* Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.* Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan katakata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.* Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.* Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.* Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.* Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

WANGIAN IBU MASYITAH




Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu dia berkata, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Pada saat malam terjadinya Isra’ saya mencium bau harum, sayapun bertanya,”Ya Jibril, bau harum apakah ini?”Jibril menjawab,”Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir’aun (Masyithah) dan anak-anaknya.”Saya bertanya, ”Bagaimana demikian?”Jibril bercerita,”Ketika dia menyisir rambut putri Fir’aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca ”Bismillah (dengan nama Allah).”Putri Fir’aun berkata,”Hai, dengan nama bapakku?”Masyithah berkata,”Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu.”Putri Fir’aun bertanya,”Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?Wanita tukang sisir itu menjawab,”Ya.”Anak putri Fir’aun berkata, ‘Akan aku laporkan pada ayahku.’Wanita tukang sisir menjawab, ‘Silahkan!’Putri Fir’aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir’aunpun kemudian memanggil Masyithah.Fir’aun bertanya,”Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?”Masyithah menjawab,”Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”Kemudian Fir’aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir’aun,”Saya mempunyai satu permohonan.”Fir’aun menjawab,”Katakanlah.”Masyithah berkata,”Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan.”Fir’aun menjawab,”Akan aku penuhi permintaanmu.”Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,”Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat.” Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma’uz Zawa’id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza’. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir’aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?(Pengajaran yang dapat dipetik):1. Anjuran untuk tetap sabar dan teguh ketika muncul fitnah.2. Balasan itu sesuai dengan jenis amal yang dikerjakan.3. Bagi yang bersabar dalam memegang teguh agama dan tidak takut dicela orang niscaya memperoleh pahala dan ganjaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah dalam QS: Az-Zumar: 10,“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas.”4. Seorang muslim diperbolehkan mengajukan permintaan yang mengandung kebaikan sekalipun kepada thaghut, sebagaimana kisah ini. Wanita tukang sisir anak gadis Fir’aun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya dikubur menjadi satu.5. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala senantiasa memberi jalan keluar untuk para waliNya dari musibah atau bencana yang menimpa.6. Ketetapan karamah Allah yang diberikan bagi orang shalih dan shalihah.7. Karamah termasuk dalam kategori peristiwa langka dan luar biasa.

BARISAN DI AKHIRAT

Marilah kita sama-sama renung-renungkan…fikir-fikir kan…..Adakah kita akan tergolong dlm golongan dibawah ? bertaubat lah sebelum terlambat pesanan untk diri saya sendiri dan saudara islam ku.12 barisan di AkhiratSuatu ketika, Muaz b. Jabal r.a mengadap RasulullahSAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikankepadaku mengenai firman Allah SWT: “Pada sangkakala ditiup,maka kamusekalian datang berbaris-baris” Surah An-Naba’:18Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basahpakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz,engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amatbesar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkanberbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masingdengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakanapakah 12 barisan tersebut :-Barisan PertamaDi iring dari kubur dengan tidak bertangan danberkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satuseruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka ituadalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakitihati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka…”Barisan KeduaDiiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglahsuara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka ituadalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankansolat, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka…”Barisan KetigaMereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuhdengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalahorang yang enggan membayar zakat, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”Barisan KeempatDiiring dari kubur dengan keadaan darah seperti airpancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalahorang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilahbalasannya dan tempat mereka adalah neraka…”Barisan KelimaDiiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga baubusuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuanderhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pularasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka adalah neraka…”Barisan KeenamDiiring dari kubur dengan keadaan kepala merekaterputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadisaksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka…”Barisan KetujuhDiiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi darimulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Merekaitu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, makainilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”Barisan KelapanDiiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengankepala ke bawah dan kaki ke atas. “Mereka adalah orangyang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempatkembali mereka adalah neraka…”Barisan KesembilanDiiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap danbermata biru sementara dalam diri mereka penuh denganapi gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan hartaanak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, makainilah balasannya dan tempat kembali mereka adalahneraka…”Barisan KesepuluhDiiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh merekapenuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalahorang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”Barisan KesebelasDiiring dari kubur mereka dengan berkeadaan butamata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduklembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada danlidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut merekadan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yangminum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembalimereka adalah neraka…”Barisan Kedua BelasMereka diiring dari kubur dengan wajah yangbersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melaluititian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara darisisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Merekaadalah orang yang beramal salih dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, merekamemelihara solat lima waktu, ketika meninggal duniakeadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannyadan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapatkeampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jikaengkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimusendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulahengkau betapa peritnya berpisah denganNya…..Wallahua’alam.

KATA HIKMAH MENJADI ORANG YANG PALING BAHAGIA











Kata-kata hikmah menjadi orang yang paling bahagia1.Berimanlah,kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan.Keimanan adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah......2.Redhalah dengan taqdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka.Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya,maka tinggalkan berkeluh-kesah.....3.Bebaskan jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati.Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati nurani anda....4.Buku adalah sahabat yang paling terbaik.Bergaullah dengan buku.Bersahabatlah dengan ilmu,dan bertemanlah dengan ma'rifah(pengetahuan)......5.Bersyukurlah kepada Tuhan atas nikmat agama,aqal, kesihatan,pakaian,pendengaran,penglihatan,rezeki,keluarga, serta segala nikmatNya yang lain.......ps:Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang paling bahagia........

IBU AKU MENANTIMU DISANA







SEKADAR RENUNGAN ....BUAT SAHABATI DISANA
Bulan ini, sudah hampir sembilan bulan aku dikandungkan ibuku dan dibawa kesana kemari. Rasanyanya, sudah tidak sabar lagi untuku keluar melihat dunia.aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahan dunia. Betapa cantiknya alam ciptaan Tuhan ini. Dan yang paling aku nantikan, ialah menatap wajah ibuku.Ah! sebulan ini bagaikan setahun rasanya bagiku.Masa yang aku nantikan akhirnya tiba jua...dengan payah, dengan jerit tangis dan sakitnya, akhirnya aku dilahirkan. Sebaik keluar,aku menjerit dan menagis ketakutan.bilik kecil itu begitu asing bagiku. Aku berasa begitu takut apabila melihat dunia.Tiba-tiba,aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku. Aku membuka mata dan mengerking kearah manusia itu. Oh! Inilah ibu. Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan. Cantik orangnya. Apabila ibu mendakapku, terasa aman jiwa ini. Aku berhenti menangis. Aku begitu selesa berada didalam dakapan ibu.Aku memerhati sekeliling. Ayah, dimana ayah? Aku ingin menatap wajah ayah. Tapi ayah tiada. Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain. Aku tidak tahu siapa wanita itu, lalu aku kembali menangis. Lantas wanita itu kembali menyuapkan aku sebotol susu dan aku menghisap semahu-mahunya.Tidak lama kemudian, aku melihat ibu bersiap-siap. Ibu.....ibu mahu kemana? Ibu tidak menjawab pertanyaanku itu, sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang mendukungku ini.Aku menjadi pelik, kenapa ibu tidak mahu menggendong aku. Bukankah aku ini anaknya? Selama sembilan bulan aku menunggu untuk menatap wajahmu ibu, kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin terhadapku?Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta. Ibu memelukku erat,matanya tepat memandang kewajahku. Mataku dan mata ibu bertentangan. Terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajahmu ibu...Aku melihat sekeliling. Gelap. Ada bulan diatas sana dan disekelilingnya berkelip-kelip jutaan butir bintang. Langkah indahnya dunia ini. Mungkin inilah yang ibu katakan sebagai malam.Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti disebuah taman permainan kanak-kanak. Wanita itu kemudiaannya mengambilku daripada pangkuan ibu. Aku kembali menangis. Entah kenapa, aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakanku. Namun, ibu hanya melihatku dengan pemandangan yang sayu. Kemudian ibu berpaling ke arah lain. Wanita itu membawa aku pergi, lantas meletakkan aku diatas tanah yang berumput, bersebelahan dengan tong sampah yang hapak baunya.Aku menangis dan menjerit. Kenapa letakkan aku disini!!! Aku mahu kembali kepangkuan ibu...mana ibuku....Ibu!!! Kenapa ibu tinggalkan aku di sini? Di sini bukanlah tempat seorang bayi seperti kau ini. Bukankah aku sepatutnya dibelai dan dimandikan, lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuh ini???Semut-semut merah yang bias berkeliaran itu mula merayapi tubuhku. Seekor daripadanya menggigit tubuhku yang masah dipenuhi darah. Aduh! Ibu......sakit ibu....sakit!!!!!!!Aku terus meraung apabila semut-semut it uterus menggigit tali pusatku. Ia kemudian menggigit pula bibirku. Aduh....aku tak tertahan lagi.aku cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga, kaki, tangan dan seluruh tubuhku, tetapi tidak terdaya. Tanganku ini terlalu kecil dan lemah.Aduh.....ibu!!!!!!! sakit ibu...tolong anakmu ini ibu...aku menangis kesakitan, tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.Waktu berlalu, akhirnya aku menjadi lesu sendiri. Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan aku tidak berdaya lagi menepis semut yang semakin ganas menggigit tubuhku ini. Aku juga tidak berminat untuk melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung di langit.Ibu.....aku sayangkanmu....ibu...aku tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia, semata-mata untuk menatap wajahmu ibu, tapi ini yang kau lakukan padaku ibu...Langit beransur cerah, matahari muncul dan cahayanya kian terik. Terasa aku sudah tidak mampu lagi untuk menghembus nafas ini. Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil namamu ibu. Kini, aku benar-benar lemah. Sisa nafas hanya tinggal di tenggorokku.Telingaku tiba-tiba terdengar suara-suara manusia disekelilingku. Kemudian aku di angkat dan dipelukoleh seseorang, lalu membawa aku pergi dari situ.Namun, aku tidak lagi bersemangat untuk hidup. Aku sudah tidak mahu lagi melihat dunia ini. Aku juga tidak mahu lagi menatap wajah ibuku.Ibu, biarlah aku pergi,kalau itu yang engkau inginkanHanya satu yang ingin tanya padamu ibu...tidakkah engkau takut kepada Tuhan yang menjadikan diriku dan dirimu? Tidakkah engkau tahu, bahawa anak adalah satu kurniaan yang paling besar dari Tuhan buat hamba-hambaNya? Aku berdoa, semoga Tuhan mengampuni segala dosa-dosamu ibu.Aku tahu, sebentar lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhan. Aku akan bertemu dengan dua lagi abangku yang pernah dibuang sebegini oleh ibu. Nanti, aku akan mendengar pula kisah sedih abang-abangku yang senasib denganku ini.Terima kasih ibu, kerana melahirkan aku. Terima kasih juga kerana membuangku. Tunggu aku akan menunggu ibu ‘di sana nanti'.

kawan......erk











Kata Mak,Kawan tu ibarat lebah,Abis madu sepah dibuang...Kata Ayah,Kawan tu umpama bunga ros, Dipandang cantik,Dipegang sakit...Kata Atuk,Kawan tu seperti air,Terus mengalir...Kata Nenek,Kawan tu bak bulan,Dipuja dan disanjung,Tapi nun jauh di sana...Kate Sedare,Kawan tu macam makanan,Kawan makan kawan...Kata Abang,Kawan tu seperti lembu,Mengikut saje ape dikata...Kata Kakak,Kawan tu tak ubah macam durian,Bau je busuk,Tapi sedap dimakan...Kata Adik,Kawan tu macam biskut,Kejap ade kejap takde...Kata Aku,Kawan tu tak kisahlah camner,Walaupun dier...IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS,SEPERTI AIR,BAK BULAN,MACAM MAKANAN,SEPERTI LEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN,MACAM BISKUT,Dier tetap kawan...Tw x sebab ape?Skali aku dah kawan ngan dier,Selamenyer dier tetap kawan aku,Itu cara aku berkawan...Walaupun kita ader kekasih,Tapi,Teman tetap paling setia...Walaupun kita punyai harta yang banyak,Teman tetap paling berharga...

Rabu, 8 April 2009

kata-kata hikmah











kenangan kem bersama -sama di ulu kelah






amacam best x
banyak kngan kat sana
insyallah akan tersemat kat ingatan
antara kenangan i2 ialah
khemah banjir so terpaksa la dok kat dewan ...tapi 2 bukan penhalang klo seseorang i2 nak mencari ilmu betoi x.....
so rajin -rajinlah pergi
majlis ilmu kamu pasti
meningkatkan pengetahuan.....

assalammualaikum......

Rabu, 1 April 2009

lagu warisan ....




anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang

nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengkata sesama kita
cinta lenyab diarus zaman

indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ketangan yang laen
pribumi merintih sendiri


masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati '
maruah peribadi dah hilang


kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatu lah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri

kita sudah tiada masa
majulah dengan maha perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
melayukan gagah dinusantara
melayukan gagah di nusantara
melayukan gagah di nusantara




gambar-gambar dengan member ......




nie gambar ktorang kat sg kelah






nie gambar saya kat al mizan

RIADAH BERSAMA KAWAN-KAWAN























kenangan di al mizan......


salam taaruf min aina /......

saya ex mizan ....banyak kenangan yang ana dapat wak tu sek kat c2 dulu ......baek kenangan manis mahupon yang pahit ....skrang kawan -kawan saya yang kat sana semuanya sudah berjaya ,ada yang ambk stam ,kolej swasta ,gi jordan dan university tempatan .yang ambk stam pon akan meyusul untuk gi mesir .....wat kawan -kawan saya moga korang ingat member koorang yang comel nie taw ......sayang kome ....doakan kter dapat 5 pricipal ,a, dalam stpm nie....